Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Google/YouTube)

Jangan Ambil Produk Detox Secara Berlebihan, Atau Usus Anda Mungkin Menghidapi Masalah Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak kebelakangan ini, produk detox kembali menjadi semakin popular kerana ia didakwa mampu untuk mencuci usus, mengurangkan berat badan serta mempunyai beberapa manfaat lain lagi.

Namun, tahukah anda bahawa produk minuman detox tidak boleh diambil terlalu kerap atau ia boleh mendatangkan beberapa kesan buruk kepada pengguna.

Antara kesan buruk yang boleh dihadapi oleh pengamal produk detox ialah Melanosis Coli.

Berikut adalah penerangan lebih lanjut mengenai masalah ini yang kami petik dari laman Facebook TheDiagnosa:Ini bukan kerak usus ye tuan-puan.

Masalah ini dinamakan sebagai Melanosis Coli.

Ia boleh disebabkan Pengambilan produk ‘Detox’ secara berlebihan.

Produk detox yang cakap boleh cuci usus dan sebagainya tu sebenarnya mempunyai kandungan laxatives(julap) yang tinggi. Sebab itu kebanyakan produk detox ini akan menyebabkan anda cirit-birit ataupun lebih banyak buang air besar ketika pengambilannya

Penggunaan laxatives(julap) ini secara berlebihan akan menyebabkan pigmentasi pada dinding saluran pencernaan seperti dalam gambar ini.

Ia juga mungkin menyebabkan tumbuhnya tumour adenoma pada dinding usus anda. (Yang ini perlu kajian yang lebih untuk benar-benar membuktikan perkara tersebut)

Jadi jika anda tidak mahu kena masalah ini, sila elakkan penggunaan julap yang kerap ataupun penggunaan produk detox yg cakap boleh cuci usus tu.

Dan jika anda memerlukan penggunaan julap yang kerap disebabkan anda asyik mengalami masalah sembelit, sila berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda anda mengalami masalah lain sbg contoh kanser usus.

Follow channel telegram kami di t.me/ediagnosa untuk mendapat info kesihatan terus ke telefon anda.

Foto: TheDiagnosa/YouTube

Adalah lebih baik untuk anda mengambil minuman detox semula jadi iaitu dengan menggunakan campuran air dengan buah-buahan seperti lemon, limau, pudina dan sebagainya.

Menurut laman Hello Doktor, antara kelebihan mengambil minuman detox semula jadi ini ialah menyingkirkan toksik dari tubuh, membersihkan hati, mengurangkan keradangan dan banyak lagi.

Sumber: FB TheDiagnosa, Hello Doktor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.