Siakap Keli
Gambar: Rigzone/Bell Dakao

Gaji Dibayar Beratus-Ratus Sehari, Pemuda Kongsi Keseronokan Kerja ”Offshore Medic”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila berbicara tentang kerja di luar pesisir atau offshore, pasti ramai membayangkan kerja berisiko tinggi, jarang pulang ke rumah dan bergaji besar. Namun tak ramai yang tahu saluran untuk bekerja di sana.

Bagi anda yang mengimpikan pengalaman bekerja di pelantar minyak dan bergaji lumayan, perkongsian oleh pegawai perubatan offshore, Bell Dakao ini akan menjawab persoalan anda tentang cara untuk mendapatkan kerja di sana dan kehidupan mereka yang bekerja di luar pesisir.

Jom baca.

Ramai orang tanya abang tentang macam mana nak jadi pegawai perubatan offshore.
Apa kena buat, gaji berapa, nak kena sedia apa dan banyak lagi. Jadi di sini abang nak kongsi sedikit soalan-soalan yang selalu orang tanya kat abang.

1) Banyak ke gaji Offshore ni?

  • Gaji semua tak sama dan ikut syarikat yang korang kerja.
  • Untuk yang kerja kontrak tetap (maksudnya ada gaji samada bekerja atau tidak) jadi kau ada gaji pokok dan elaun RM450-550 sehari.
  • Untuk yang pekerja bebas (freelance) lebih bergantung kepada projek mana korang dapat. Untuk MOPA, gaji minimum adalah RM650 tapi kalau masa musim raya ada je yang dapat RM1k hingga 1.5k sehari.
    *MOPA (Malaysia Offshore Paramedic Association)

2) Giliran dan waktu kerja

  • Giliran tak sama ikut syarikat, projek dan tempat bekerja. Kat Offshore kita ada Work Barge, Rig dan Platform.
  • Kebanyakan platform mereka pakai giliran 14/14 maksudnya 14 hari kerja dan 14 hari cuti. Untuk Rig 28/28 dan untuk work barge maksimum 90 hari.
  • Waktu kerja 12 jam setiap hari.
  • 12 jam lagi adalah masa bersedia jika ada apa-apa kecemasan. Biasanya untuk medik kat atas ni memang kau bersedia 24/7 la.

3) Apa nak kena sedia untuk ke Offshore?

  • Kau nak jadi pegawai perubatan, benda paling penting APC yang sah dan masih lagi hidup la.
  • Kau nak pegi Offshore kau kena ada BOSEIT, yang ni sama ada syarikat kau akan hantar, atau kau kena buat dulu sendiri.
  • Untuk pegawai perubatan Offshore, BLS ngan ACLS kena perbaharui setiap 2 tahun. Dan banyak syarikat tengok persijilan AHA.
  • Lepas tu, kau kena ada AMRO
  • Dan kalau kau ada ATLS, MTLS dan benda-benda lain yang berkaitan, itu bonus buat kau la.
    Kredit: Bell Dakao

4) Green Card, CIDB, NIOSH, Degree OSH perlu ada ke?

  • Tak perlu, tapi kalau korang nak buat boleh je
  • Sebab yang tu semua untuk darat (onshore) dan lebih kepada kalau korang nak jadi pegawai keselamatan bukannya pegawai perubatan.

5) Pengalaman?

  • Semua nak ke Offshore asasnya kena ada pengalaman kat ETD paling kurang 2 tahun.
  • Pengalaman pernah kerja kat Offshore adalah bonus kepada mereka yang nak lompat syarikat.

6) Skop kerja kat Offshore?

  • Semua tempat tak sama, tapi benda asas banyak yang sama.
  • Asasnya kerja kau macam kat ED dan KK, selain layan pesakit, kau kena layan benda-benda dokumentasi yang lain.

7) Makan, pakai, bilik, hiburan?

  • Kat Offshore, kita ada chef dan kru katering untuk uruskan semua tu.
  • Makan 6 kali sehari, sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper.
  • Pakaian semua ada laundry punya geng.
  • Bilik orang tolong kemaskan.
  • Biasanya benda-benda asas macam wifi, gim, karaoke tu semua tempat ada.
  • Pendek kata kau datang sini memang untuk kerja, yang lain-lain ada orang lain buat.

8 ) Berapa medic kat atas tu dan kalau kecemasan nak rujuk siapa?

  • Kebanyakan tempat medic memang satu, jadi kau kena tahu dan bersedia untuk banyak benda.
  • Kita ada doktor onshore yang akan bimbing kita jika ada Medical Emergency yang kita kena refer.
  • Kalau tak boleh urus, jadi kita akan MEDEVAC.

9) Kalau rindu yang tersayang buat apa?

  • Video call, Whatsapp, karaoke.

10) Apa yg paling seronok?

  • Gaji dan cuti

Sumber: Bell Dakao

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.