Siakap Keli
Gambar: Thisismoney

Patutlah Tangki Minyak Kereta Ada Di Sebelah Kanan Dan Ada Sebelah Kiri, Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Hakikat yang perlu diterima bagi setiap pemandu kenderaan ialah perlu berhenti di stesen minyak bagi mengisi bahan api sebelum meneruskan perjalanan.

Biasanya ramai pemandu yang menjadikan meter sebagai petunjuk kedudukan lubang isian minyak kereta yang dipandu. Ini kerana, tidak semua kereta mempunyai bahagian isian minyak yang sama.

Gambar: Gizmodo Australia

Kadangkala, ia menyukarkan bagi pemandu yang menyewa kereta untuk mengetahui kedudukan lubang minyak sekiranya tidak dipamerkan pada bahagian pintu.

Namun, mengapa tidak semua kereta direka dengan bahagian sisi sama untuk isian bahan api? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam kalangan pemandu, namun sudah pastinya setiap rekaan yang dibuat mempunyai faktor dan sebab yang tertentu.

Menjejaskan keuntungan stesen minyak

Setiap kali anda mengunjungi stesen minyak, pastinya anda mengeluh kerana perlu beratur panjang bagi mengisi bahan api. Namun anda sepatutnya bersyukur kerana lubang bahan api yang diciptakan pada bahagian sisi yang berbeza untuk semua kereta akan dapat mempercepatkan proses tersebut.

Sekiranya semua kereta direka mempunyai lubang bahan api pada bahagian sisi yang sama, ia menjadi masalah kepada pemandu untuk menunggu dalam masa yang lama kerana semua kereta perlu menggunakan set pam yang sama.

Disebabkan itu, pemandu akan meneruskan perjalanan bagi mencari stesen minyak yang baru. Situasi ini secara tidak langsung akan mempengaruhi keuntungan yang diperolehi bagi sesebuah stesen minyak.

Gambar: blog.automart.co

Berada bertentangan dengan sistem ekzos dan pendawaian elektrik

Merujuk kepada peraturan-peraturan sistem bahan bakar, lubang isian bahan api bagi kenderaan perlu ditempatkan pada bahagian paling luas dan bertentangan dengan sistem ekzos serta pendawaian elektrik.

Perkara ini adalah kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran kerana petroleum merupakan bahan mudah bakar. Disebabkan kedudukan lubang bahan api jauh daripada sistem tersebut, ianya sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran.

Gambar: Flatirons Tuning

Faktor keselamatan

Walaupun mudah bagi pemandu untuk mengisi bahan api di sebelah bahagian pemandu, namun pakar-pakar mencadangkan untuk menempatkan lubang bahan api di sebelah penumpang bagi faktor keselamatan.

Ianya boleh dilihat sekiranya kereta anda kehabisan minyak dan tersadai di tepi jalan. Sekiranya lubang bahan api berada di bahagian pemandu, sudah pastinya anda berisiko dilanggar oleh kenderaan lain kerana berada berhampiran dengan lalu lintas ketika mengisi bahan api.

Gambar: Urgently.ly

Walau bagaimanapun, kedudukan lubang bahan api juga tertakluk kepada rekaan sesebuah kenderaan. Ianya bergantung kepada pelopor reka bentuk sesuatu kenderaan untuk meletakkan lubang bahan api pada bahagian sisi yang dipilih. Namun yang pastinya, mereka akan mendapatkan nasihat-nasihat pakar supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Sumber: Wonderpolis

syafiq halim

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.