Siakap Keli
Gambar: Today I Found Out

Bukan Hiasan Semata-mata, Ini Rupanya Sebab Ada Lubang Kecil Pada Biskut

Setiap kali waktu minum petang, biskut merupakan makanan yang sering dihidangkan bersama air panas seperti teh dan kopi. Nampak ringkas, namun juadah ni menjadi kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysia. Betul tak?

Tapi, perasan tak kita dengan lubang-lubang kecil pada permukaan kebanyakkan biskut di pasaran?  Kenapa setiap biskut mempunyai bentuk dan lubang kecil yang sama?

Gambar: Rileklah.com

Untuk pengetahuan anda, lubang-lubang yang terdapat pada permukaan kebanyakan biskut bukanlah semata-mata hiasan sahaja, namun terdapat maksud yang tertentu disebalik lubang-lubang tersebut.

Salah satu sebab mengapa terdapat lubang-lubang kecil pada permukaan biskut adalah untuk memastikan proses pembakaran berjalan dengan baik. Lubang-lubang berkenaan berperanan untuk memastikan biskut masak dengan sepenuhnya iaitu turut meliputi bahagian dalam.

Sekiranya biskut tidak mempunyai lubang-lubang tersebut, maka ianya akan membuatkan struktur biskut tidak kukuh dan mudah retak, hancur dan lembik.

Selain itu, lubang-lubang pada biskut juga membolehkan haba melepaskan diri semasa proses pembakaran. Hasilnya, biskut-biskut yang dibakar tidak akan mengembang seperti biskut dan roti yang lain.

Sumber: Thrillist, Today I Found Out

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra