Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Facebook/Wikipedia)

Jangan Sebar Video Pelajar Dibuli – MCMC

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli sekumpulan pelajar lain yang dilaporkan tular di laman sosial.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, penyebaran video itu berpotensi menyemarakkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya, orang ramai diminta segera melaporkan kewujudan rakaman video itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat,” kata MCMC.

Suruhanjaya itu memberitahu ia sedang berurusan dengan pihak penyedia platform media sosial untuk menurunkan rakaman video berkenaan daripada terus tular.

Perkongsian kandungan yang bersifat jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dalam menyebarkan atau memberi komen terhadap mana-mana kandungan di laman sosial sama ada berupa video, gambar mahupun tulisan.

“Penyebaran atau sikap memberi komen ke atas kandungan yang tidak sahih bukan sahaja boleh mewujudkan kekeliruan awam tetapi dikhuatiri mengganggu-gugat keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” tegas MCMC.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.