Siakap Keli
Kredit: Instagram Hanis Zalikha

”Yusof 4 Tahun Dah Kenal Ciri-Ciri Planet”, Lelaki Ini Kongsi Pentingnya Berkahwin Bila Kewangan Stabil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pada hujung Jun lalu, selebriti terkenal Hanis Zalikha telah berkongsi video anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bijak mengenal nama-nama dan kedudukan planet dalam sistem solar.

Kecerdikan Yusuf pada usia 4 tahun itu membuatkan ramai netizen kagum dan mengimpikan anak yang pintar sepertinya.

Seorang pengguna Twitter, Lukman Khiruddin telah mengulangkicau kiriman seorang pengguna lain yang teruja dengan kepintaran Yusuf.

Kata Lukman, Yusuf merupakan contoh nyata bayi yang lahir dalam keluarga berada (berkemampuan).

“Contoh sedia ada bayi yang lahir dalam keluarga berada. Sebab itu penting ya untuk kahwin bila dah stabil kewangan.

“Bukti statistik dah ada mengatakan pelajar yang lahir dari keluarga berada, mempunyai peluang cerah untuk lebih berjaya/cerdik sebab dapat sumber yang cukup.”

Ramai yang menyokong kenyataan tersebut.

Selain itu, Lukman turut menambah mengapa kestabilan kewangan adalah penting untuk kejayaan seseorang anak.

Ada yang kurang bersetuju

Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza. Pengalaman ini mempengaruhi bagaimana mereka melihat sesuatu perkara. Setiap pandangan ada benarnya, tiada yang 100 peratus betul atau 100 peratus salah.

Walaubagaimanapun, pendapat tersebut telah disangkal oleh beberapa pengguna lain.

Ilmu keibubapaan

Ilmu amat penting untuk menjadi ibu bapa yang berpengetahuan luas. Tanpa ilmu, kita mungkin mengamalkan konsep yang salah dalam mendidik anak-anak. Dengan ilmu jugalah kita tahu bila masanya perlu bertegas, bila masanya untuk memanjakan anak berdasarkan situasi.

Inilah pentingnya kita mengikut perkongsian ilmu keibubapaan oleh pakar perunding keluarga.

 

This is what happened when you don’t feed your kids with gadgets

— ☮ (@SexyAsylum) July 15, 2019

Ini antara sebab ibu bapa perlu jadi berilmu dan terpelajar

Sebabtu kita kena jadi orang yang educated, berilmu. Apabila kita kahwin, kita boleh didik anak-anak kita dengan ilmu dan kasih sayang

— Abam Hura (@AbamHura) July 15, 2019

Mungkin kurang berkemampuan, tapi potensi masih boleh dikembangkan

“Kestabilan kewangan penting tetapi mereka yang tidak berkemapuan tak bermakna tak boleh buat apa-apa. Kembangkan fungsi kognitif anak-anak sejak awal. Daripada beli permainan tak berfaedah dan biarkan mereka menonto baby shark lebih baik dedahkan mereka dengan dokumentari kanak-kanak dan layan mereka seperti orang dewasa.”

Perancangan kewangan

Konklusinya, kita perlu merancang kewangan dari awal. Berapa ramai orang yang bekerja keras bertahun-tahun kumpul duit berpuluh ribu untuk dihabiskan dalam masa sehari ketika majlis kahwin, tapi selepas kahwin, simpanan pendidikan anak pun tak ada.

Penulis teringat perkongsian seseorang, seawal anak lahir, buka akaun bank anak, bukan akaun sosial media.

Sumber: Lukman Khiruddin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.