Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kulit Mula Berkedut Sejak Bayi, Hidap Penyakit Misteri Buat Rupa Remaja Ini Seperti Umur 140 Tahun

Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun menghidap satu penyakit misteri dan kelihatan seperti berusia 140 tahun. Kulitnya Claudia Amaral ini mula berkedut ketika berusia empat bulan.

Doktor memberitahu keluarga Claudia bahawa jangka hayatnya hanya singkat sehingga berumur 13 hingga 14 tahun. Namun, jangkaan itu melebihi hingga usia 20 tahun. Pada hari lahirnya, doktor telah buat rawatan kepadanya dan mereka sendiri terkejut keadaan ini jarang berlaku.

Umur remaja ini lebih cepat 7 kali daripada biasa. Claudia didiagnosis dengan progeria yang juga dikenali sebagai sindrom Hutchinson-Gilford progeria ketika dia masih bayi.

Menurut Claudia, penyakit yang dialaminya ini adalah penyakit yang berusia tujuh kali cepat daripada biasa, contohnya sekarang dia berusia 20 tahun tetapi jika dikira usia progeria dia berumur 140 tahun.

“Semua masalah yang dialami oleh orang tua seperti masalah tulang, masalah jantung dan sebagainya”

Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami penyakit ini akan berdepan dengan kematian jika melebihi usia 13 tahun namun, nasib Claudia sangat beruntung kerana dia dapat bertahan lebih daripada usia yang dijangkaan.

Saya tidak pernah mempunyai masa yang sukar ketika progeria walaupun saya pernah melakukan pembedahan pinggul kerana tulang tersebut menyebabkan dia sukar untuk duduk. Selepasa pembedahan, dia berasa lebih selesa. Pemuliharan rawatannya sentiasa dalam keadaan baik.

Claudia juga menghabiskan masa untuk melawat orang lain yang mengalami masalah sepertinya. Dia sentiasa memberi nasihat dan semangat untuk menyokong mereka. Dia juga berharap supaya perkongsian kisahnya akan membantu orang lain untuk lebih positif mengenai penyakit yang dialaminya.

Sumber: Dailystar.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)