Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: The Sun)

Penuntut Universiti Maut Selepas Pecahkan Pintu Sebelum Terjun Dari Pesawat Ringan

Seorang remaja wanita berusia 19 tahun yang juga merupakan penuntut di Universiti Cambridge disahkan maut selepas terjun daripada sebuah pesawat ringan di Madagascar baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang mempelajari tentang spesis ketam yang jarang ditemui di sana.

Mangsa berusia 19 tahun(Foto: The Sun)

Wanita tersebut dikatakan telah memecahkan pintu pesawat berkenaan sebelum bertindak terjun dari ketinggian sekitar 3500 kaki atau lebih 1 kilometer di atas lautan Hindi.

Menurut apa yang diceritakan oleh seorang lagi penumpang pesawat ketika itu, dia bergelut dalam usaha menghalang mangsa daripada terjun. Juruterbang juga dikatakan turut membantu usahanya itu.

Lakonan semula bagaimana mereka cuba menghalang mangsa dari terjun(Foto: The Sun)

Pesawat berkenaan hanya dinaiki oleh seorang juruterbang dan dua orang penumpang termasuk mangsa ketika kejadian.

Menurut penyiasat yang terlibat, wanita tersebut dikatakan telah mengalami serangan paranoia sebanyak lima kali sepanjang lawatan sambil belajarnya ke Madagascar.

Bagaimanapun, mayat mangsa masih lagi belum ditemui sehingga kini dan berkemungkinan besar tidak akan ditemui langsung berdasarkan keadaan di lautan berkenaan.

Sumber: The Sun

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi