Siakap Keli

Ingatkan Bengkak Biasa, Rupanya 526 Batang Gigi ‘Bersarang’ Dalam Rahang Kanak-Kanak Tiga Tahun

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun menghadapi detik-detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebanyak 526 batang gigi didalam mulutnya.

Sebelum itu, kanak-kanak daripada India tersebut dikatakan mengalami kesakitan pada bahagian rahang kanan dengan keadaaan mulutnya yang bengkak. Selepas doktor membuat imbasan x-ray, mereka mendapati  rahang bawahnya dipenuhi dengan ‘gigi tidak normal’.

Pembedahan yang dijalankan mengambil masa sekitar lima jam untuk mengeluarkan sejumlah gigi tersebut dengan saiz rata-rata sekitar 0.1 milimeter hingga 15 milimeter bersama akar, enamel dan lengkuk pada setiap batang gigi.

Menurut doktor yang merawatnya, kanak-kanak tersebut mengalami ‘compound composite odontoma‘ dimana ia merupakan penyakit yang jarang-jarang berlaku dan berkemungkinan ianya disebabkan oleh faktor genetik atau faktor alam sekitar seperti radiasi.

Ibu bapanya juga memaklumkan bahawa anak lelaki mereka itu telah mengalami bengkak pada bahagian mulut seawal umur tiga tahun. Namun pun begitu, mereka tidak dapat melakukan apa-apa tindakan pada waktu itu kerana kanak-kanak tersebut tidak duduk diam, sekaligus menyukarkan proses pemeriksaan.

Usai pembedahan tersebut, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak ini masih lagi mempunyai 21 gigi yang sihat.

Sumber: CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra