Siakap Keli
Foto: NY Post

“Terima Kasih Tuhan”, 21 Tahun Meringkuk Dalam Penjara Tersalah Hukum, Lelaki Bersyukur Akhirnya Bebas

Seorang lelaki berusia 44 tahun bersyukur selepas dibebaskan daripada hukuman penjara seumur atas tuduhan membunuh.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Miller, berasal dari Pennsylvania itu ditahan polis atas tuduhan membunuh seorang penjaga parkir semasa satu percubaan rompakan bersenjata pada tahun 1996.

Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setahun kemudian walaupun dia menafikan terlibat dalam kejadian itu.

Foto: Stuff

Ia berpunca daripada keterangan saksi utama yang memberitahu Miller tersebut berada di tempat kejadian ketika itu. Namun, saksi berkenaan telah menarik kembali kenyataan tersebut sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, juri tetap menetapkan Miller sebagai bersalah. Kini, selepas lebih 21 tahun dipenjara, dia akhirnya dibebaskan selepas diperakui tidak bersalah.

“Sebaik saya dibebaskan, saya lihat ke langit dan bersyukur kepada Tuhan. Akhirnya kebenaran telah berjaya didedahkan,”kata Miller.

Usaha membebaskan Miller ini berjaya disempurnakan selepas lebih dua dekad dipenjara dan tidak kurang daripada 10 rayuan dilakukan.

Sumber: Stuff

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.