Siakap Keli

Ada Pihak Dakwa Staf Yayasan Fertiliti Tunku Azizah Kurang Sopan, Ini Respon Tunku Azizah

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini telah berkenan menaja 60 pasangan suami isteri untuk menerima rawatan kesuburan dari Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Inisiatif terbabit dikatakan bakal dimulakan pada bulan ini (Ogos).

Tawaran berkenaan adalah bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tunku Azizah turut berkongsi bahawa niat itu sebenarnya tercetus dari pengalaman baginda sendiri.

Tunku Azizah berkata bahawa baginda pernah menanti selama hampir 10 tahun sebelum menimang cahaya mata pertama.

Namun dua hari ini mula heboh di laman media sosial tentang beberapa individu yang mendakwa bahawa staf Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) bersikap kurang sopan ketika menjawab panggilan telefon.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sebentar tadi Tunku Azizah ada memuatnaik ciapan di laman Twitternya mengenai isu ini.

Pernah menyamar dan memohon maaf bagi pihak staf.

Ada prosedurnya, kena isi borang dan penuhi semua syarat.

Sumber: I Love Pahang & Tunku Azizah 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.