Siakap Keli

Pemuda Ini Seru Jangan Pandang Buruk Dan Hina UPNM, Jemput Netizen Datang Dan Lihat Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dua tahun kebelakangan ini nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sentiasa menjadi sebutan sejak kejadian yang menimpa Allahyarham Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Dan beberapa hari lalu tular lagi beberapa video penderaan yang didakwa terjadi di universiti terbabit.

Justeru, semalam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa ‘dera’ merupakan satu budaya di situ. Pihak mereka juga sangat memandang serius kes penderaan sama ada yang melibatkan Pegawai Kadet mahupun pelajar awam.

Walaubagaimanapun. UPNM tidak menafikan bahawa kes penderaan pernah berlaku dahulu.

Sumber: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Tambah mereka lagi, satu laporan polis telah pun dibuat mengenai video yang tular itu agar siasatan dapat dijalankan. Dan menurut siasatan dalaman, video itu sebenarnya memaparkan kes yang terjadi tiga tahun lalu (2016). Malah mereka yang terlibat telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk pembatalan tauliah serta disabitkan kesalahan di mahkamah.

Dalam pada itu, tular pula di laman twitter tentang satu ciapan yang dimuatnaik oleh Fakhruamir. Dia mengharapkan supaya orang ramai dapat membuka mata dan menghentikan segala salah faham kepada pelajar dan universitinya itu.

Dia  yang sudah masuk tahun ketiga belajar di sana turut menyatakan bahawa kesalahan individu tidak sepatutnya diletakkan kepada organisasi. Fakhruamir menjelaskan ketika dihubungi:

Saya tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal ini. Tapi orang ramai tak perlulah mencaci dan menghina pihak yang tak bersalah, Apa perasaan student yang masih tengah belajar dekat UPNM sekarang ni?

Pasti mereka terasa, itu semua disebabkan mulut netizen. Netizen perlu faham keadaan kami dan kami juga faham perasaan mereka yang sedih dan marah mengenai isu terbabit. 

Ya kami juga marah terhadap pelaku dan faham perasaan Keluarga Arwah. Jadi sama-sama lah kita jaga perasaan keluarga arwah, tak perlu lagi sebut lagi pasal ‘University iron’ atau ‘Universiti pembunuh’.

Perkara begitu amat sensitif pada keluarga arwah dan pelajar UPNM. Jika netizen marah sekalipun tak perlulah libatkan seluruh warga UPNM. 

Lebih elok Kita sama-sama mendoakan arwah Zulfarhan dan keluarga. Juga doakan terbaik buat UPNM kerana UPNM lah antara institusi yang melahirkan ratusan pegawai ATM yang bakal mempertahankan negara.

Diakhir perbualan, Fakhruamir menyeru semua pelajar UPNM supaya teruskan pembelajaran dan kejarlah cita-cita untuk diri dan keluarga.

“Kita sama-sama buktikan yang UPNM bakal mewujudkan graduasi graduan yang berjaya dan dapat menyumbangkan jasa pada negara. Ini adalah ujian dan pengajaran buat kita semua. Bak kata orang, kita perlu membina mana yang roboh dan memperbaiki mana yang rapuh.”

Sumber: Fakhruamir

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.