Siakap Keli

(Video) “Allahuakbar, Allah, Allah,” Detik-Detik Cemas Ketika Indonesia Dilanda Gempa Bumi Kuat

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita tentang kejadian gempa bumi bermagnitud  7.4 Skala Richter yang menimpa negara jiran, Indonesia. Dikatakan bahawa gegaran yang tercetus di daerah Banten itu turut dirasai sehingga ke Kota Jakarta.

Malah, Mohd Nasir Yusoff, Pengarang Urusan Bernama yang ketika itu berada di Jakarta bersama delegasi Ikatan Setiawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) turut merasai gegaran gempa berkenaan.

Walaupun pihak kerajaan Indonesia telah menarik semula amaran tsunami malam tadi, laman media sosial masih dipenuhi dengan tanda palang #prayforindonesia sebagai tanda sokongan dan doa kepada rakyat di sana.

Tidak hanya itu, medium sosial berkenaan turut dihujani pelbagai video dan ciapan yang dimuatnaik oleh mereka yang berada di sana ketika gempa itu terjadi.

 

Laungan “Allahhuakbar, Allah Allah”

Tidak henti perkataan itu diucapkan saat sebuah masjid di selatan Banten hampir musnah ditimpa bencana terbabit.

“Wish me luck”

Seorang pelancong yang berada di Indonesia untuk cuti musim panasnya juga berkongsi video gegaran

“Doakan Keselamatan kami”

“Gegaran yang sangat kuat terasa shingga kami melarikan diri menggunakan tangga kecemasan”

” Tengok, lampu pun bergoyang, dah ia masih bergegar! Oh tuhanku!”

“Tiada siapa pun yang berani untuk pulang semula ke dalam hotel”

Seorang sahabat kepada Abu Yusuff di Indonesia berkongsi detik cemas keadan sebuah bot yang diterumbang-ambing ketika dilanda gempa.

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)