Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: The Jakarta Post/The Sun)

Tak Masuk Akal, Lelaki Cekup Muka, Bunuh Bayi Tiri Kerana Susu Tumpah Kena Baju

Seorang lelaki berusia 19 tahun dari Indiana, US didakwa telah membunuh anak tirinya hanya kerana bayi tersebut termuntahkan susu padanya.

Menurut laporan The Sun, suspek dikatakan telah menekup muka bayi yang baru berusia dua bulan itu dengan bantal untuk menghentikannya daripada menangis.

Lelaki itu kemudiannya ditahan selepas bayi itu ditemui dalam keadaan yang sangat teruk serta mengalami kecederaan di muka di Hospital Bloomington pada Selasa.

Malangnya, bayi itu kemudiannya meninggal dunia tidak lama selepas itu. Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama lelaki itu mengasari bayi tesebut.

Bayi itu ditinggalkan sendirian sehingga ibunya pulang dari tempat kerja. (Gambar Hiasan/Baby Bjorn)

Menurut keluarga bayi malang berkenaan, suspek sebelum ini pernah menutup muka mangsa dengan kuat menggunakan tangannya bagi menghentikan tangisan anak kecil itu.

Ketika ditanya oleh pihak polis, suspek mengakui bahawa dia berang selepas bayi itu memuntahkan susu padanya menyebabkan dia menekan kepala bayi itu di dalam buaiannya dalam keadaan muka mangsa menghadap ke bawah.

Tidak tahan mendengar tangisan bayi tersebut akibat daripada tindakannya itu, dia mengambil keputusan untuk menekup muka mangsa dengan bantal.

Pihak polis memberitahu, suspek telah meninggalkan bayi itu di dalam buaian bersendirian sehingga ibu bayi tersebut pulang dari tempat kerja beberapa jam selepas itu.

Suspek kini berada di bawah tahanan polis dan dia berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.

Sumber: The Sun

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.