Siakap Keli
Kredit: Google

Tanda Ini Bersaiz Kecil Tapi Besar Peranannya, Ramai Tak Tahu Ini Rupanya Tujuan Ia Dibuat

Proses pembungkusan merupakan satu fasa penting bagi pengeluaran produk. Setiap kilang mempunyai sistem dan teknologi tersendiri untuk memastikan pembungkusan dapat dilakukan dengan cekap dan selamat.

Setiap produk mempunyai cara pembungkusan yang tersendiri untuk menarik minat pengguna serta dalam masa yang sama mengoptimakan kos pembuatan.

Pembungkus produk lazimnya dibuat dengan ciri yang tertentu bagi mempengaruhi psikologi pengguna untuk membeli sesuatu produk. Antara ciri tersebut adalah logo menarik, warna pembungkus, typografi cantik dan mudah dibaca serta pembungkus yang unik berbanding produk lain.

Namun, perasan kah anda satu tanda kecil segi empat tepat pada kebanyakan tiub produk?

Sebenarnya, tanda kecil yang dipanggil ‘eye mark’ ini dibuat untuk memberi isyarat kepada mesin pembungkusan untuk memproses setiap bungkusan.

Pembungkus yang fleksibel seperti plastik dan tiub dihasilkan dalam bentuk roll sebelum dimasukkan ke dalam mesin form-fill-seal (FFS) di mana ia akan dipotong, dilipat dan diseal kepada unit individu.

Unit ini pula akan diisi dengan produk sebelum diseal sekali lagi pada sisi lain produk.

Lampu sensor mesin pembungkus FFS akan mengesan titik ini untuk mengawal kedudukan bungkusan dan mengkoordinasi pemotongan pada penghujung bungkusan. Hal inilah yang membantu kilang untuk menghasilkan pembungkusan yang kemas bagi setiap unit produk tanpa menjejaskan produk seterusnya.

Sumber: Consolidated Label Co,Hughesent.com

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.