Siakap Keli

Presiden Ireland Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia, Luah Rasa Simpati Buat Keluarga Nora Anne

Setelah sepuluh hari usaha pencarian dilakukan, kehilangan remaja berusia 15 tahun akhirnya terjawab apabila keluarganya sendiri telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai petang tadi adalah Nora Anne Quoirin.

Pengesahan terbabit telah dibuat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebentar tadi dan proses bedah siasat mayat itu akan dijalankan 10 pagi esok di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Sementara itu di laman twitter, nama Nora Anne trending nombor satu di Malaysia. Orang ramai tidak putus-putus mengucapkan takziah dan kata-kata sokongan kepada keluarga Nora Anne.

Di samping itu, David Blevins yang merupakan Koresponden Kanan Sky News. Ireland ada memuatnaik ciapan di laman twitternya sebentar tadi.

“Presiden Ireland mengucapkan takziah kepada keluarga Nóra Quoirin dan berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia serta sukarelawan yang terlibat dalam pencarian tersebut.”

Presiden, Micheal D. Higgins menambah bahawa:

“Bagi pihak seluruh rakyat Ireland, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi oleh pihak berkuasa malaysia dalam usaha mencari Nora.

Terima kasih juga kepada para sukarelawan yang menyertai misi pencarian serta semua orang di seluruh negara Ireland, Britain dan Perancis yang menawarkan segala sokongan.

Ingatan serta doa dititip buat keluarga Nora moga dipermudahkan di masa yang sukar ini.”

Sumber: David Blevins 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.