Siakap Keli
Gambar: Bernama

Hanya Kerana Cemburu, Suami Tergamak Tikam, Seret Mayat Isteri Sebelum Dibakar

Semua pasangan berkahwin pasti mengharapkan bahtera yang dibina akan terus berkekalan sampai ke syurga. Namun, segalanya sudah tersurat, tiada rumahtangga yang terlepas dari diuji.

Begitulah yang terjadi kepada seorang isteri yang didakwa telah dibunuh oleh suaminya sendiri. Ketua Polis Keningau, DSP Shahrudin Mat Hussin berkata berdasarkan keterangan saudara terdekat mangsa, motif pembunuhan berpunca daripada cemburu.

Hari ini, pihak polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya itu yang ditemukan rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook pada Khamis (15 Ogos 2019).

Mangsa dikenali sebagai Sarah Israkil, 44, berbangsa Suluk Filipina dan bukan seorang remaja tempatan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Tambah Shahrudin, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bergelut sebelum dibunuh dan dibakar oleh suspek akibat cemburu.

“Mayat mangsa diseret lima meter ke bawah pokok mangga untuk dibakar sehingga sukar dicam untuk tujuan melupuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontnjen (IPK) Sabah ke atas mayat mangsa mendapati terdapat enam kesan tikaman di seluruh anggota badan mangsa.

Katanya orang ramai yang mengetahui lokasi terkini suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Pada kejadian jam 7.20 pagi itu, polis Keningau menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan kebun tersebut.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)