Siakap Keli
Gambar : Front Desk

Rangka Mayat Manusia Ditemui Dalam Bangunan

Butterworth : Satu rangka manusia dalam keadaan berselimut ditemukan seorang lelaki di tingkat atas sebuah bangunan kosong terbiar di Jalan Bagan Luar, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya, ia ditemukan kira-kira pukul 5.00 petang sebelum lelaki berkenaan menghubungi polis.

“Pemeriksaan mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai berhampiran rangka berkenaan,” katanya di sini.

Katanya rangka itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hosital Seberang Jaya di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata tiada laporan polis berkaitan kehilangan ahli keluarga diterima di daerah ini setakat ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini untuk menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di 04-5759122 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.