Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kapal Santika Nusantara Terbakar, 23 Baki Mangsa Masih Dicari

Kapal Laut, iaitu Kapal Motor (KM) Santika Nusantara di laluan Balikpapan, Surabaya, terbakar di perairan Masalembu, Kabupaten Sumenep, Madura, Indonesia pada jam 8:45 malam khamis lalu (22 Ogos).

Punca kebakaran belum diketahui dan proses pencarian mangsa masih terus dilakukan.

Ketua Badan Pengawasan Bencana Daerah (BPBD) Sumenep, A Rahman Riadi berkata, dari 162 mangsa yang terdiri dari penumpang dan anak kapal, petugas mencari telah berjaya menyelamatkan seramai 139 orang.

“Baki tinggal 23 orang yang kini masih dalam proses pencarian.” terang Rahman.

Rahman memberitahu proses pencarian mangsa melibatkan Tentara Nasional Indonesia, pihak polis, BPBD dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Balikpapan.

Rahman melaporkan, awalnya KM Santika Nusantara berlayar dari Balikpapan menuju ke Tanjung Perak, Surabaya. Muatan kapal tersebut terdiri dari, kereta, motosikal dan bagasi penumpang.

Rahman Riadi mendakwa belum mengetahui punca kebakaran. Ia juga memberitahu punca akan diketahui selepas proses penyiasatan polis selesai.

Sementara itu mangsa yang berjaya dipindahkan dari kapal sebahagiannya kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Masalembu dan yang lain dibawa ke Surabaya.

Pada pagi tadi, Pegawai Perhubungan Awam Basarnas, Tholeb Valatehan menerangkan, KM Santika Nusantara yang terbakar berpenumpang seramai 111, 100 dewasa, 6 kanak-kanak dan 5 bayi. Selain itu, terdapat 83 kenderaan yang diangkut.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)