Siakap Keli

(Video) Rekod Kebal Van Dijk Tidak Dilepasi Mana-Mana Pemain Lebur Di Tangan Pepe

Pemain tengah Arsenal, Nicolas Pepe menjadi pemain pertama yang berjaya menggelecek melepasi pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Pemain yang bernilai £72 juta yang ditandatangani oleh Arsenal dari kelab Lille tersebut turun sebagai kesebelasan utama mengambil alih posisi Alexandre Lacazette di  sayap kanan.

Hanya selepas 7 minit perlawanan bermula, Van Dijk terpaksa mengawal gerakkan pantas Nicolas Pepe yang sangat lincah melancarkan serangan. Rekod Van Dijk tidak dilepasi mana-mana pemain di Liga Perdana Inggeris sebanyak 50 perlawanan lebur di tangan Pepe malam tadi. Kali terakhir pemain berjaya melepasi Van Dijk ialah pada bulan Mac 2018 yang dilakukan pemain Newcastle United, Mikel Merino.

https://www.youtube.com/watch?v=EOFk48XSg4Q

Apa yang menarik lagi, 3 musim terakhir Van Dijk di Liga Perdana Inggeris hanya 3 pemain saja berjaya melepasi beliau. Alexandre Lacazette pada tahun 2017, Merino 2018 dan yang terbaru Nicolas Pepe tahun 2019. Gabriel Jesus pernah mendakwa dia berjaya menggelecek melepasi Van Dijk ketika perlawanan Perisai Komuniti  tempoh hari namun tidak diiktiraf oleh Opta.

Perlawanan diantara Liverpool dan Arsenal awal pagi tadi menyaksikan Liverpool berjaya mencatat kemenangan 3-1 di Anfield. Gol Liverpool dijaringkan oleh Joel Matip dan dua lagi disumbangkan oleh Mohamed Salah. Gol saguhati Arsenal pula dijaringkan oleh Lucas Torreira. Selepas 3 perlawanan hanya Liverpool berjaya mencatat 100% kemenangan setakat ini.

Sumber: Metro.uk, Kaweezy

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)