Siakap Keli
Foto: BlinkNowOrg/Daily Mail

Tular Rakaman Didakwa Sifu ”Martial Art” Pukul Isteri Hanya Kerana Alihkan TV, Anak Dipangku Nyaris Jatuh

Satu video yang memaparkan kejadian pukul melibatkan seorang pakar seni mempertahankan diri dan isterinya telah menjadi tular di Internet baru-baru ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Hanoi, Vietnam itu, lelaki tersebut telah memukul isterinya sehingga jatuh ke lantai dan perbuatannya itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup(CCTV) yang dipasang di rumah mereka.

Apa yang membimbangkan, isterinya ketika itu sedang mendukung anak mereka yang didakwa baru berumur dua bulan.

Foto: BlinkNowOrg/Daily Mail

Mereka bernasib baik kerana anak kecil itu tidak terlepas dari pegangan wanita tersebut sekaligus mengelakkannya mengalami kecederaan sekiranya terjatuh ke lantai.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan sebelum itu telah menendang dan menampar kepala isterinya.

Foto: BlinkNowOrg/Daily Mail

Kejadian itu berlaku dipercayai hanya kerana suaminya berang apabila wanita tersebut memindahkan TV di rumah mereka dari satu bilik ke bilik yang lain.

Mereka dikatakan pernah bercerai atas alasan keganasan rumah tangga sebelum ini, namun telah kembali bersama sebelum kelahiran anak mereka.

Menurut laporan sumber, suami wanita tersebut masih lagi bebas ketika ini.

Sumber: Daily Mail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.