Siakap Keli
Gambar: Perajurit - Penjana Permikiran Pertahanan

“Tersasar 1 Inci Sekalipun, Nyawa Taruhannya”, Fakta Jaket Kalis Peluru Buktikan Pengorbanan Anggota Tentera Selama Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berikutan insiden maut yang menimpa seorang pegawai tentera Grup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya, pelbagai spekulasi timbul terutamanya mengenai jaket kalis peluru yang digunakan oleh arwah. Di samping itu, terdapat juga pihak yang meminta supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap jaket kalis peluru tersebut.

Walau bagaimanapun, masyarakat terlebih dahulu perlu mengetahui standard latihan yang dipraktikkan oleh setiap anggota komando sebelum membuat sebarang spekulasi.

Anggota komando pegang plat sasaran, kemudian anggota lain menembak plat tersebut di tangan menggunakan peluru hidup. Ini bukanlah satu persembahan yang dibuat untuk demostrasi sahaja. Tetapi sebenarnya adalah latihan sebenar yang dilaksanakan secara runtin di dalam kem latihan komando. Sesekali mereka buat demostrasi tersebut untuk orang awam mengetahui kemampuan mereka.

Latihan ini adalah standard paling tinggi dalam komando mana-mana pelusuk dunia pun. Sebab ia adalah penting untuk membentuk tahap keyakinan yang tinggi anggota dalam berhadapan situasi sebenar, peluru sebenar, dan nyawa sebenar. Hanya anggota komando sahaja menerima latihan begini, bukan untuk anggota biasa yang lain. Dan mereka berlatih menembak piring sasaran sehingga 100% tanpa tersasar, kemudian barulah ujian tembakan bahaya menggunakan sasaran hidup dibenarkan. Tiada sedikit pun kesilapan dibenarkan, sebab jika ia berlaku nyawa adalah akibatnya. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Mej Zahir hari ini.

Gambar: Perajurit – Penjana Pemikiran Pertahanan

Biarpun anggota memakai jaket kalis peluru, tetapi ia bukanlah jaminan keselamatan nyawa 100%. Jaket kalis peluru hanya melindungi kira-kira 35% anggota badan sahaja, iaitu di organ krtikal tengah anggota badan. Manakala 65% bahagian lain adalah titik buta yang masih mampu membunuh. Hanya tersasar 1 inchi sekalipun, nyawa adalah taruhannya. Itulah hakikatnya pengorbanan anggota tentera, nyawa mereka adalah taruhan sebenar bukan sahaja di padang perang, tetapi juga ketika latihan.

Kami dari tim Perajurit mengucapkan takziah kepada keluarga AR Badul dan mengharapkan rakyat Malaysia menjaga aib arwah Mej Zahir dengan tidak menyebarkan video dan gambar ngeri arwah. Menjaga aib mayat adalah wajib bagi umat Islam, dan jatuh hukum berdosa sekiranya dilakukan dengan segaja.

“Barang siapa yang menutup (aib atau cacat) seorang Muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” Hadis Riwayat Muslim

Al-Fatihah

Tugas dan latihan bagi anggota komando sebenarnya berada pada tahap yang tertinggi iaitu berbeza dengan latihan bagi pasukan keselamatan yang lain. Disebabkan itu mereka terdedah kepada pelbagai risiko bahaya namun tidak pernah mengendahkannya kerana semangat cintakan negara yang tinggi. Oleh itu, pengorbanan mereka sebagai pihak yang berada paling depan bagi keselamatan negara perlulah dihargai dan dikenang sehingga akhir zaman.

Sumber: Perajurit – Penjana Pemikiran Pertahanan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra