Siakap Keli
FOTO: FAIZALHAFIZ

Bertahun Kenal Tapi Tahu Nama Je, Abang Photographer Akhirnya Jumpa Jodoh ‘Bridesmaid’ Klien Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur segala perjalanan hidup kita, tentukan kita untuk bertemu dan bersatu. Apa yang anda dapat, itulah yang dinamakan takdir, jangan mengeluh.

Umum mengetahui, setiap manusia itu memerlukan pasangan yang mampu untuk mencintai dan dicintai. Tak bercakap soal nikah, soal perkahwinan, tak bermakna seseorang itu tak punya keinginan untuk semua tu. Mungkin kerana keyakinannya pada Allah itu tersangat tinggi.

Perkahwinan itu adalah sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah tugas kita yang menentukannya.

Lain pula kisah lelaki ini, Faizal hafiz atau lebih dikenali sebagai Ben Novacek yang merupakan salah seorang jurufoto perkahwinan telah berkongsi detik manis di Facebooknya mengenai percintaannya bersama isteri tercinta.

Bermula detik perkenalan di sebuah majlis perkahwinan di mana dia salah seorang jurufoto yang bertugas di majlis orang lain.

Kenal dah bertahun-tahun tapi hanya nama. Dikatanya kita bajet kacak sombong dulu, dikatanya kita ke dia ‘bajet’ segak dulu. Saling mengata tu saja makan selama 4 tahun, sampailah November 2018.  I was on duty, she was one of bridemaids of my client wedding.

Masa tu dalam masjid, nampak dia angkat dulang dengan berbaju putih menuju masjid. Dalam hati terdetik sesuatu (pehal tiber segak pulak dia ni ). Takpala, teruskan keja sambil pasang camera, selesai ja keja, rasa macam sesuatu tersimpan.

Jadi saya pun beritahu kawan baik merangkap asistan kerja “Man , segak pulak dia ni pasaipa , makan apa. Tolong aku Man”. 

Tidak mahu sia-siakan masa yang ada, dikatakan lelaki ini terus melamar wanita cantik untuk berkahwin pada bulan 3 setelah pulang dari luar negara. Jawapan yang dibalas oleh wanita itu sangat-sangat mengejutkan lelaki ini.

“Dia kata apa tau, dia kata, okay bulan 3 ya, Teha tunggu”

Seperti baru sahaja melamar, mereka sah menjadi suami isteri pada awal September tahun ini. Aturan Allah tidak pernah salah, lelaki ini memilik suri hati yang sangat cantik dan itulah detik paling bahagia untuk pasangan sejoli ini.

Abang photographer ini mengharapkan mahligai yang dicipta sentiasa diberkati dan dia akan melakukan yang terbaik untuk isteri yang melengkapi sebelah hatinya.

Sumber: Faizal Hafiz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)