Siakap Keli

Ribut Petir Dijangka Berlarutan Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan tujuh negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sabah.

Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 8 malam ini ialah Baling dan Sik (Kedah), Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim (Perak), Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang (Kelantan), Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), Tanah Tinggi Cameron (Pahang), Hulu Selangor (Selangor).

Bagi kawasan di negeri luar Semenanjung pula ialah Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan (Sabah), Papar, Penampang dan Ranau (Pantai Barat).

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra