Siakap Keli
Gambar Bernama

Tembok Besi Bukan Penghalang Dua Banduan Ini Melanjutkan Pengajian Peringkat Pascasiswazah

Berada di sebalik tembok besi bukanlah penghalang untuk dua banduan di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat pascasiswazah.

Jep, 36, dan Ken, 34, masing-masing bukan nama sebenar, yang sebelum ini bersama-sama menamatkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang, mengambil keputusan untuk menyambung pengajian pascasiswazah di USM.

Jep yang mengambil jurusan Sarjana Sains Kemasyarakatan (Antropologi/Sosiologi) berkata keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi semata-mata untuk membuat keluarganya berasa bangga, selain mahu menjadi contoh terbaik kepada banduan-banduan yang lain.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana USM menerima kami sebagai pelajar.”

Saya buat semua ini hanya untuk ibu bapa dan keluarga, sekurang-kurangnya apabila saya keluar nanti ada satu yang boleh dibanggakan. Sebab masuk penjara ni bukan sesuatu yang membanggakan.” 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)