Siakap Keli

Tular Seorang Ayah Bonceng Anak Sakit Dari Terengganu, Pihak IJN Tampil Perjelaskan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang warga emas yang didakwa membawa anaknya dari IJN, Kuala Lumpur ke Terengganu hanya dengan membonceng motosikal.  Kisah tersebut telah menyentuh hati ramai pihak terutamanya wargamaya yang rata-ratanya bersimpati terhadap nasib kedua-duanya.

Namun begitu, kisah yang tular di media sosial itu telah disahkan tidak tepat sebaik sahaja kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak IJN sendiri.

Dalam perkongsian rasmi berkenaan, pihak IJN memberitahu telah menjalankan siasatan dan mendapati individu tersebut merupakan orang sama dengan modus operandi yang sama.

          PERHATIAN 

Baru-baru ini pihak IJNF terima beberapa pertanyaan berkenaan isu yang tular di media sosial, dimana seorang Ayah menunggang motosikal bersama anaknya (seorang pesakit jantung) balik dari IJN ke Terengganu.

Setelah siasatan dibuat, individu tersebut adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini dan kami telah umumkan di ‘wall’ kami.

Info: Kali terakhir pesakit datang ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016 dan tidak datang lagi ke IJN selepas itu..

Pihak IJNF mohon agar semua dapatkan info dari pihak yang sepatutnya sebelum mengumumkan sebarang berita.

#scamalert #banteras #scammer #IJNF #ijnfoundation #mendaheart #savealife

 

Menurut pihak IJNF, individu tersebut merupakan pesakit yang tidak datang mendapatkan rawatan susulan sejak tahun 2016 lagi. Kisahnya yang tular pada baru-baru ini sangatlah tidak bertepatan dengan rekod rawatan susulan yang dijalankan oleh individu terbabit.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu berita daripada pihak yang sepatutnya. Penularan sesuatu berita yang tidak sahih sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak yang terlibat secara tidak langsung.

Sumber: IJN Foundation

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra