Siakap Keli

Penculik Dikejar Polis, Netizen Terkedu Lihat ‘Skill’ Suspek Selamba ‘Lari Lompat Berpagar’

Tular di media sosial satu rakaman kejadian pecah rumah yang didakwa berlaku di sebuah kawasan perumahan di Gelang Patah, Johor.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 14 saat, suspek, seorang lelaki yang sedang memecah sebuah rumah dipercayai ‘kantoi’ apabila tidak sempat melarikan diri kerana telah dikepung oleh pihak polis dan penduduk setempat.

Dalam keadaan cemas, suspek kelihatan cuba keluar daripada pintu hadapan rumah berkenaan namun gagal menyebabkan dia melakukan aksi yang disifatkan penonton sebagai ‘lari berpagar.’

Dia dilihat berlari sambil melompat pagar melepasi tiga deretan rumah dalam cubaan meloloskan diri. Namun, usaha tersebut gagal apabila dia terkandas di rumah terakhir sebelum berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Susualan itu, rata-rata netizen yang menonton rakaman berkenaan, dilihat terhibur dan menyifatkan suspek tidak mempunyai ‘bakat’ mencuri tetapi menjadi atlet larian berpagar negara.

Lompat pagar macam dalam filem omputih!

Bakat dah ada untuk lari berpagar

Pastikan diet dulu sebelum nak rompak

Perut ‘penuh’ kemain melompat pagar

Sumber : Twitter 999 Malaysia 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra