Siakap Keli

Polis Sedang Buru Individu Hina Institusi Diraja, Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Memetik laporan Bernama, polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam penghinaan institusi beraja yang berlaku beberapa hari ini di laman Twitter milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dalam satu kenyataan di sini malam ini, susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

Media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Malah, ada yang mendakwa bahawa Tuanku Permaisuri menyahaktifkan akaun Twitternya disebabkan ada segelintir individu yang tidak senang dan mengeluarkan kata-kata hina tentang perkongsian baginda.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)