Siakap Keli

Jadi Bahan Ketawa Warga Maya, CCTV Rakam Kelibat Dua Perompak, Gagal Pecahkan Pintu Kayu

Acapkali dipaparkan diruangan akhbar mahupun media sosial mengenai jenayah samun bersenjata yang semakin hari makin membimbangkan.

Walaupun sudah banyak kempen kesedaran serta penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan untuk membanteras salahlaku ini, namun ternyata ia tidak dapat menahan penjenayah dari berhenti melakukan terus aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Terbaru, 2 orang lelaki dipercayai perompak cuma memecah masuk dalam sebuah rumah di taman perumahan. Seorang dari dua lelaki tersebut cuba memecahkan pintu kayu rumah terbabit dengan menendang pintu itu berkali-kali namun usaha itu gagal.

Mereka juga cuba memecahkan kaca hiasan pintu tersebut dan sekali lagi menendang pintu itu tetapi masih gagal memecah masuk rumah tersebut. Akhirnya mereka beredar dari rumah itu. Diberitakan juga 2 lelaki tersebut sebelum itu telah merompak sebuah restoran dengan menggunakan senjata dipercayai parang dan memaksa juruwang restoran berkenaan menyerahkan duit yang ada dalam mesin duit restoran itu.

 

Glove pun takda, pastu nak pecahkan pintu kayu yang memang sah kukuh

Bersepah cap jari, senang polis buat kerja

Harap pihak polis dapat la tangkap penjenayah ni

 

Sumber: Twitter/facebook

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)