Siakap Keli
Gambar: businessinsider.com

(Video)Tentera Laut AS Mengaku 3 Video UFO Viral Adalah Asli, Anggap Sebagai Fenomena Udara Tak Dikenali

Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan klip video yang merakamkan kelibat UFO itu adalah asli serta menggelarkan klip video tersebut sebagai “unexplained aerial phenomena”.

Menurut mereka, video tersebut tidak sepatutnya disebarkan untuk tontonan orang awam.

Video yang telah tersebar pada orang awam itu telah mencetuskan perbualan yang hangat di media sosial. Susulan daripada itu, pihak Tentera Laut Amerika Syarikat pada minggu ini telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah sahih.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6rWOtrke0HY]

Berikutan tersebarnya rakaman video tersebut, netizen di media sosial membahas akan ketulenan serta kualiti yang terdapat pada video tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wxVRg7LLaQA]

“Peliknya, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini, kita hanya dapat melihat satu rakaman yang agak tidak jelas seperti ini. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan daripada orang awam,” tulis Dave Gibbs dalam ruangan komen di media Daily Mail.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wxVRg7LLaQA]

“Kamera bertaraf tentera ini pastinya dapat merakamkan kelibat UFO itu dengan lebih jelas, sebaliknya kabur. Kamera telefon bimbit kawan aku lagi jelas,” tulis yang lain.

Awal tahun ini, jurucakap Tentera Laut AS menyatakan bahawa, pihaknya sedang menganalisis kelibat UFO tersebut menerusi video itu dengan teliti.

“Tentera laut AS menjelaskan bahawa kandungan yang terdapat di dalam ketiga-tiga video tersebut sebagai fenomena udara yang tak dikenali (UAP), jelas Joesph.

Jika dilihat, video UFO yang tersebar ini tidaklah begitu jelas. Inilah yang menjadi pertanyaan netizen-netizen.

“Jika mereka adalah makhluk yang berakal, apakah yang membuatkan mereka untuk datang ke bumi?” tanya seorang netizen.

“Ini adalah pesawat makhluk asing dari dunia lain. Terang-terangan bahawa benda ini bukanlah hasil buatan manusia,”

“Saya beranggapan bahawa bukan planet kita sahaja yang berpenghuni. Pasti ada hidupan lain yang tinggal di planet lain,” ujar yang lain.

Sumber: detikinet

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.