Siakap Keli

(Video) Rakaman ‘Misteri’ Motor Jalan Sendiri Tanpa Penunggang Buat Netizen Pecah Perut

Siapa sangka motor boleh bergerak sendiri tanpa orang yang menunggang. Bunyi macam seram, tapi kisah ini lucu bila ditonton.

Satu rakaman video viral di media sosial dengan aksi motor bergerak sendiri tanpa ‘tuannya’.  Motorsikal dipercayai jenis Honda Ex-5 itu meluru ke sebuah kedai sebelum terjatuh.

Seorang lelaki kemudian meluru mendapatkan motorsikal tersebut dan berusaha untuk mengangkatnya semula. Lucu bila dilihat. Bagaimana motor tersebut boleh bergerak laju tanpa sempat ditunggang?

via GIPHY

Rakaman tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur dengan aksi motosikal tersebut yang bergerak tanpa penunggang.

“Laju betul moto dia boleh tertinggal tuan kt belakang”

“Alamak motor bergerak sendiri tanpa penunggang”

“Pengsan rossi tengok”

“Kenapa tak dilayan moto tu nak minum apa. Kan merajuk tu”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra