Siakap Keli

Identiti Pemilik ‘Misteri’ Kancil Viral Didedahkan

Sebelum ini, kita sering dihidangkan dengan gambar serta rakaman mengenai sebuah kereta kancil lusuh yang menjadi perhatian umum. Kereta kancil yang lebih dikenali sebagai ‘Kancil Viral’ itu dikatakan dilihat di sekitar Jalan Kucing, Selayang, Templer dan Rawang, Selangor. Namun, apa yang lebih mengagumkan apabila kereta tersebut juga pernah dilihat berlegar di Prai, Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, ‘kegemilangan’ kancil berkenaan bergerak di sekitar Malaysia ini berakhir apabila tular gambar kenderaan tersebut ditunda oleh pihak berkuasa. Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya siapakah individu di sebalik kereta kancil viral itu?

Menurut laporan media tempatan, seorang mekanik mendakwa kereta kancil yang dipandu oleh lelaki misteri berusia sekitar 40-an itu merupakan pemilik asal sebelum dijual kepada bapanya.

Jika dilihat daripada luaran dan keadaan kereta Kancil tersebut, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa individu tersebut dipercayai fasih berbahasa Inggeris dan pernah menuntut di Singapura.

Jika sebelum ini kecoh di media sosial bahawa lelaki itu berasal dari Raub, ada yang mendakwa dia merupakan orang Pulau Pinang dan dikatakan menetap di Pahang kerana bapanya memiliki tanah di sana.

Kancil viral tersebut pernah menjadi perhatian rata-rata warganet yang terhibur dengan keadaan uzur kenderaan itu. Apa tidaknya, dengan keadaan sebegitu, kenderaan itu dilihat berada di kawasan dengan jarak perjalanan yang jauh.

Terbaru, bahagian dalam kenderaan itu turut didedahkan melalui Facebook Aurizn Malaysia.

Sumber: Aurizn Malaysia / Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa