Siakap Keli
Gambar: Facebook

Detik Hitam, Budak Jadi Mangsa Ragut Di Karnival Hingga Bercalar Leher, Rantai Dilarikan

Apabila kita hendak ke tempat yang penuh dengan orang ramai seperti karnival atau pun konsert, keselamatan diri serta barang yang berharga mestilah diutamakan terlebih dahulu.

Ini kerana, malang itu tidak berbau. Jika ianya sudah terjadi, menyesal tiada gunanya lagi. Barang berharga haruslah dijaga walau dimana pun kita berada. Antara barangan yang selalu dilaporkan hilang akibat kecuaian sendiri ialah komputer riba, telefon bimbit, barangan kemas dan banyak lagi.

Barangan kemas adalah barangan yang tinggi nilainya. Disebabkan itu, ia selalu dijadikan sasaran oleh para penjenayah untuk mencuri daripada tuannya. Mungkin tidak mengapa jika mangsa yang terkena itu golongan dewasa, namun jika ianya terjadi pada kanak-kanak, kesan trauma yang dialami oleh kanak-kanak itu mungkin lebih buruk lagi jika nak dibandingkan dengan golongan dewasa.

Dalam satu perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Siti Haryani Azmi ini ada menceritakan kisah ragut yang dialami oleh anaknya di suatu karnival. Kisah ini diharapkan boleh membuka mata para ibu bapa untuk lebih berhati-hati ketika membawa anak-anak yang dipakaikan barangan kemas di tempat yang sesak dengan orang. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kejadian hitam di karnival Batu Kawan yang takkan kami lupakan sampai bila-bila.

29 September. Hari Ahad. Hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tapi sebaliknya berlaku.

Rantai leher Anelia kena ragut kat karnival. Baru saja kami sampai sana. Masa tu tengah jalan dekat bahagian orang jual barang 1 beg RM10. Ada jacker, zess apa semua tu.

Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab “orang tu amek rantai Kakngah”. Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku.

Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang amek . Gelabah Cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah Cikni saja tapi kita tak tahu siapa dia.

Suami Cikni pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual dok bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.

Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau Cikni jumpa pelaku, Cikni cakar-cakar dia balik.

Karnival ni memang tak pernah bawak depa mai. Sampai depa dah besar sikit ni baru jejak kaki.

Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah still dok gitau “orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.” Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.

Moga jadi pengajaran buat Cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.

Dan untuk pelaku tersebut, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tapi ingatlah Allah ada. Dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.

Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya.

Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik saja untuk lancarkan kerja.

Sumber: Siti Haryani Azmi

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.