Siakap Keli
Gambar: Facebook

(Video) Dipercayai Tak Sempat Lintas Trek, Viral Video Lori Simen Terbalik Dilanggar Keretapi

Kemalangan jalan raya sememangnya sesuatu yang berada di luar jangkaan kita semua. Sungguhpun begitu, ada juga kemalangan yang berpunca daripada kelalaian serta kecuaian daripada diri kita sendiri.

Sebagai pemandu berhemah, segala peraturan jalan yang telah ditetapkan perlulah diikuti bagi mengelakkan sebarang nyawa menjadi korban. Setiap hari, pasti ada kes kemalangan yang dilaporkan berlaku di seluruh Malaysia.

Ada kemalangan yang mengorbankan nyawa dan ada juga yang hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan. Walaupun begitu, kemalangan ini boleh dielakkan sekiranya keselamatan serta peraturan jalan raya dituruti.

Dalam satu video yang tular di media sosial hari ini, ada satu kemalangan yang membabitkan lori simen serta keretapi dilaporkan berlaku. Menurut netizen di Facebook, kejadian tersebut berlaku di Klang.

Dalam video yang tular itu, sebuah lori simen dilihat sedang melintasi landasan keretapi. Seorang lelaki juga kelihatan mengibar satu objek seperti kain berwarna putih dipercayai untuk memberi amaran kepada pemandu lori berkenaan.

Keretapi yang sedang bergerak itu dilihat tidak sempat memberhentikan kenderaannya semasa lori tersebut melintasi landasan. Hasil daripada pelanggaran itu, lori simen itu terbalik dan muatan simen yang dibawa oleh lori tersebut telah tumpah.

Berdasarkan dalam rakaman tersebut, kecederaan yang menimpa pemandu lori tersebut tidak dapat dipastikan.

Pengajaran yang boleh diambil dalam video ini adalah, kita perlulah sentiasa mengikuti peraturan jalan raya dan jangan lah cuai dan lalai semasa memandu kerana ianya boleh mengundang padah.

Sumber: Facebook Siti Rerama

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.