Siakap Keli

Wanita Cedera Terperosok Dalam Eskalator Rosak Di KL Sentral, Rapid KL Mohon Maaf

Tular semalam sekeping gambar yang memaparkan keadaan seorang wanita berbaju merah yang  ditarik ke atas setelah dipercayai terperosok masuk ke dalam eskalator.

Kejadian yang berlaku di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KL Sentral itu menarik perhatian umum termasuk pihak Rapid KL.

Justeru, pihak Rapid KL dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa eskalator tersebut tidak berfungsi dan ia menyebabkan seorang wanita tercedera.

Wanita itu kemudiannya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan pihaknya sentiasa akan memantau keadaannya untuk memastikan bahawa dia mendapat perhatian dan bantuan perubatan yang mencukupi.

Selain itu, keluarga wanita berkenaan juga telah dimaklumkan tentang perkara ini. Pihak Rapid KL juga sedang menyiasat punca kerosakan eskalator terbabit.

Kami memohon maaf atas kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa kami bekerja keras untuk menyelesaikan keadaan ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Rapid KL di Helpline Rapid KL di 03-7885 2585 atau e-mel kepada [email protected].

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Sofian di +60 19 460 1110.

Sumber: Rapid KL & Foong FC

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)