Siakap Keli

Apa Barang Main Game Kat Rumah, Ini Pertandingan Esports Paling ‘Padu’ Untuk Korang Tunjuk Bakat Terpendam

Berita baik untuk semua kaki game. Tak kiralah korang main game guna phone atau PC. Tak kiralah main game apa sekalipun. Taiwan Excellence dengan kerjasama barisan jenama gaming terkenal dunia seperti Predator, MSI, Asus ROG dan banyak lagi bakal menganjurkan Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale.

Acara berprestij untuk semua kaki gaming ni akan diadakan di Berjaya Times Square pada 11 hingga 13 Oktober 2019. Apa yang best kat Taiwan Excellence Esports Cup 2019 ni? Macam-macam acara menarik disediakan untuk korang tapi acara utamanya adalah untuk mencari Juara terulung yang bakal merebut hadiah terkumpul bernilai RM113,000.

Bakal-bakal juara sebelum ini telah melepasi 10 peringkat kelayakan yang diadakan di venue-venue berlainan dan di Berjaya Times Square bakal menjawab persoalan siapa bakal jadi Juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM10,000. Sebanyak 3 game utama yang akan menjadi perhatian iaitu Dota 2, Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan League of Legends. Selain itu, ada 4 game yang diletakkan dalam kategori Sub Title seperti Pro Evolution Soccer (PES2019). Super Smash Bros, Mobile Legends dan Tekken 7.

Untuk pertandingan Sub Title 5vs5, juara bakal membawa pulang hadiah utama RM3,000 dan untuk kategori 1vs1, juara bakal membawa pulang hadiah utama RM500. Untuk korang sebagai pengunjung bertuah akan diadakan cabutan bertuah dan hadiahnya bernilai sehingga RM10,000. Dah tentulah hadiah cabutan bertuah ni aksesori dan peranti gaming idaman korang yang ditaja oleh penaja-penaja hebat kita.

Bukan tu saja, korang yang datang nanti kalau tak dapat hadiah cabutan bertuah, korang pasti akan dapat cenderahati percuma yang akan diagihkan sepanjang acara berlangsung di Berjaya Time Square nanti. Korang yang berminat nak sertai pertandingan bagi kategori Sub Title nanti, penyertaan adalah percuma untuk korang. Bolehlah korang tonjolkan bakat gaming korang tu depan ratusan pengunjung yang hadir.

Acara utama CS:Go nanti bukan sahaja melibatkan peserta dari Malaysia, malah ada 4 lagi negara akan terlibat seperti Filipina, Taiwan, Thailand dan India tau. Bukan level kebangsaan dah, memang level antarabangsa punya tournament. Pameran-pameran peralatan gaming dari penaja-penaja juga turut disediakan untuk korang cuci mata.

Kalau korang betul-betul kaki gaming memang rugilah lepaskan peluang sertai Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale ni. Sebab acara ni setahun sekali je tau. Untuk korang tau lebih lanjut boleh follow Facebook dan Instagram Taiwan Excellence

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)