Siakap Keli

“Staff Diminta Kemas Barang,” Utusan Bakal Terkubur? Rakan Media Dakwa Terima Memo

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemelut kewangan yang melanda Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad terus menjadi bualan hangat di media sosial.

Terdahulu, Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir pernah menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa pihak Utusan sememangnya tidak mempunyai wang untuk membayar gagi, gaji tertunggak mahupun gaji masa depan.

Namun pada 19 Ogos 2019, Sheikh Fadzir sekali lagi membuat pengumuman bahawa syarikat berkenaan tidak akan menutup operasinya dan menaikkan harga kedua-dua akhbar Utusan mahupun kosmo sebanyak RM0.50 untuk mengurangkan beban kos operasi.

Terbaru, heboh diperkatakan di laman twitter tentang operasi Utusan Malaysia yang didakwa bakal berkubur hari ini.

Malah memo tentang penamatan operasi yang tersebar didakwa diedarkan kepada media menyatakan bahawa syarikat tersebut akan memberhentikan operasi berkuatkuasa hari ini (Rabu, 9 oktober 2019).

Rujukan

[1] Janatul Firdaus Yaacob. (2019) Dipetik dari Utusan Melayu Mungkin Ditutup, Tiada Wang Bayar Gaji pada 9 Oktober 2019.

[2] Ahmad Suhael Adnan. (2019) Dipetik dari Utusan Terus Beroperasi, Tapi Terpaksa Naik Harga Akhbar pada 9 Oktober 2019.

Sumber: Bernama & Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)