Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

Didakwa Tak Tunai Janji Ketika Kempen, Datuk Bandar Diheret Belakang Trak Sepanjang Jalan

Chiapas, Mexico- Seorang datuk bandar yang didakwa gagal menunaikan janji semasa kempen menghadapi detik cemas apabila ‘dihukum’ oleh para penduduk yang menunjukkan protes terhadapnya pada Selasa lalu.

Menurut Daily Mail, penduduk yang bersenjatakan kayu menculik mangsa di pejabat datuk bandar sebelum bertindak mengikatnya pada bahagian belakang trak pikap dan menyeret mangsa di sekeliling bandar.

Kejadian tersebut hanya tamat apabila kira-kira 40 orang polis tiba dan menghentikan serangan berkenaan.

Dalam video berdurasi 17 saat, dia yang terikat pada bahagian belakang trak diseret sepanjang jalan sambil diperhatikan mereka.

Lapan jam setelah serangan itu, datuk bandar berkenaan memberi kenyataan bahawa dia tidak takut dengan serangan tersebut dan menegaskan akan mendakwa mereka yang terlibat atas tuduhan menculik dan cubaan membunuh.

Menurut media antarabangsa, penduduk tempatan menuntut datuk bandar berkenaan menunaikan janji-janji kempennya termasuk memperbaiki jalan.

Dalam kejadian berasingan empat bulan lalu, sekumpulan lelaki menyerang pejabat mangsa dan memecahkan tingkap setelah mendapati dia tiada di sana.

Perusuh menculik mangsa dari pejabat dan mengikatnya pada trak. (Kredit: Daily Mail)

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.