Siakap Keli

(Video) Pesawat Typhoon Dan Hawk 108 Gegar Langit Kuala Lumpur, Netizen Teruja Kongsi Momen Menarik

Hari ini ruang udara Kuala Lumpur dikejutkan dengan bunyi deruman enjin pesawat pejuang Hawk (TUDM) dan Typhoon (RAF) kira-kira jam 10.15 pagi tadi yang melintasi Menara Berkembar KLCC.

Sebelum ini pihak Tentera Udara Diraja Malaysia menerusi satu kenyataan telah menasihatkan orang ramai agar tidak merasa cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat pejuang terbang rendah di ruangan udara menara tersebut.

Hal ini berikutan koordinasi terbang lintas antara pesawat Hawk 108 milik TUDM bersama empat buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force (RAF) sempena Eksesais Bersama LIMA.

Warga net yang teruja turut berkongsi momen menarik pesawat-pesawat itu melintasi ruang udara.

Sumber: Tentera Udara Diraja Malaysia & Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)