Siakap Keli
Kredit: Jpninfo.com/Onegai Kaeru/

Taufan Hagibis Turut Landa Pulau ‘Kucing’ Okishima, Netizen Risau Nasib ”Meow-Meow” Disana

Menurut laporan media antarabangsa, taufan Hagibis kini telah menyebabkan satu kematian di Chiba apabila seorang warga emas berusia 50-an ditemui maut dalam kenderaan yang terbalik berhampiran rumah yang musnah akibat angin kencang tersebut.

Pada jam 3 p.m. waktu tempatan, taufan berkenaan dilaporkan bergerak dengan kelajuan 30 kilometer sejam menuju ke arah 130 km dari barat daya daerah Shizuoka dengan tekanan 945 hPa.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Jepun menjangkakan taufan berkenaan bakal menuju ke arah Tokai dan Kanto-Koshin dengan kelajuan 216 km/j.

Tokai. (Paparan skrin Google Maps)

Hal ini menimbulkan kerisauan buat para pencinta kucing kerana wilayah berkenaan terletak berhampiran dengan Pulau Okishima yang dihuni kucing.

Okishima. (Paparan skrin Google Maps)

Okishima merupakan satu-satunya pulau di tasik yang mempunyai penghuni. Ia terletak di tasik air tawar terbesar Jepun, Tasik Biwa yang juga merupakan salah satu tasik tertua di dunia.

Menjadi salah satu ‘pulau kucing’ di Jepun, Okishima menjadi tempat tinggal berdozen-dozen kucing yang merayau berhampiran tasik berkenaan.

Lantaran itu, warga maya menzahirkan kerisauan terhadap haiwan-haiwan di sana yang dikhuatiri tidak dapat menyelamatkan diri jika pulau tersebut dilanda taufan.

Moga selamat

Sementara itu, seorang pengguna Twitter mendakwa kucing-kucing berkenaan telah selamat dan mendapat tempat perlindungan.

Sumber: The Mainichi, Atlas Obscura

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.