Siakap Keli
Kredit Foto: The Atlantic

California Negeri Pertama Larang Sesi Persekolahan Bermula Sebelum Jam 8 Pagi

California merupakan negeri pertama yang menolak sesi pagi waktu permulaan sekolah pada waktu kebiasaannya supaya pelajar dapat lebih banyak tidur.

Gabenor Gavin Newsom telah menandatangani persetujuan tersebut pada hari Ahad dengan kenyataan menghalang kelas bermula sebelum jam 8.30 pagi bagi high school manakala, middle school bermula jam 8 pagi.

Hal tersebut akan berkuatkuasa pada tahun 2022,  dimana setiap sekolah mempunyai tempoh tiga tahun untuk melaksanakan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ini merupakan perancangan yang baik untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri sepanjang tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan gaya hidup aktiviti harian yang lebih baik.

Impak dari pelaksanaan yang akan dijalankan, ia akan membawa kepada peratus kehadiran yang lebih baik, kurang kelesuan dan kurangnya pelajar tertidur di dalam kelas serta meningkatkan peratus gred yang lebih baik. Perkara ini juga mampu mengurangkan risiko kepada kes kemurungan dalam kalangan remaja dan terjebak dalam penyalahgunaan bahan.

Satu laporan yang diterbitkan tahun lepas oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati bahawa pelajar yang tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam mendapat gred yang lebih baik dan mempunyai kehadiran yang lebih baik.

Tetapi lebih daripada 60 peratus pelajar middle school dan 70 peratus pelajar high school tidak mendapat tidur yang cukup setiap malam.

Ini memberi kesan kepada prestasi mereka di sekolah dan membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental yang lain. Ia termasuk kemurungan dan penyalahgunaan bahan.

Pusat Statistik Kebangsaan Pendidikan berkata 7.59am adalah masa mula purata bagi sekolah menengah awam di Amerika Syarikat pada tahun 2011.

Sumber: dailymail

Kerjaya bersama kami di Maharsuri Sdn Bhd

Maharsuri sdn bhd kini dalam proses mengembangkan operasi ke arah lebih besar, ketika ini kami memang mencari anda yang memang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

Jawatan: Penulis/Writer (Siakap Keli)

– Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah

– Berumur 26 tahun dan ke bawah dalam bidang berkaitan.

– Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan.

– Memang minat menulis.

– Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi.

– Boleh berkerja Shif.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Jawatan: Head Of Sale & Marketing

– Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Sale & Marketing.

-Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dan menguasai Bahasa ketiga satu kelebihan.

-Boleh berkerja dibawah tekanan.

-Berpenampilan dan berperwatakan menarik.

-Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk mengetuai dan menguruskan sebuah team.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Zetty Amelia