Siakap Keli
Kredit Foto: whattoexpect.com & pamapedia.com

Ada Suami Enggan Isteri Diberi Suntikan Epidural Ketika Bersalin, Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Hanya perempuan yang sudah bergelar ibu sahaja yang pernah merasai bertapa sakitnya untuk melahirkan seorang zuriat. Suami hanya mampu menemani isteri disisi ketika isteri sedang berjuang untuk melahirkan zuriat tercinta. Namun, tidak rasakan bertapa sakitnya ketika bertarung nyawa demi mendapatkan seorang zuriat buat suaminya.

Menurut perkongsian Muhammad Izzat yang merupakan doktor bersalin telah berkongsi pendapat mengenai pandang orang ramai mengenai suntikan epidural terhadap wanita yang ingin bersalin. Dalam perkongsian beliau, orang ramai menyatakan bahawa suntikan epidural ini akan memberi kesan selepas bersalin.

Gambar Hiasan. Kredit Foto: whattoexpect.com

Apa itu epidural?

Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.

Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.

Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah

Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu

Apa bagusnya epidural?

Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.

Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk

Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan

Kesan buruk yang boleh timbul?

  1. Epidural tak berkesan mengurangkan sakit (1 dalam 10)
  2. Mengigil dan gatal-gatal
  3. Tekanan darah menjadi terlampau rendah (1 dalam 50)
  4. Sakit kepala yang amat sangat (1 dalam 100)
  5. Gangguan sistem saraf sementara (1 dalam 1000)
  6. Gangguan sistem saraf kekal (1 dalam 13000)
  7. Jangkitan meningitis (kurang 1 dalam 50000)

Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan.

Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran.

Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang?

Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.

Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.

Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.

Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang

Muhammad Izzat yang merupakan doktor bersalin menjelaskan bahawa epidural yang diberikan kepada wanita bukanlah faktor utama yang menyebabkan berlakunya sakit pinggang selepas bersalin. Namun, yang berlaku mungkin berlaku atas faktor-faktor yang lain.

Beliau juga menasihati wanita yang bakal bersalin supaya jangan terlalu percaya dengan apa yang orang perkatakan kerana sakit yang ditanggung mereka ketika bersalin bukan sakit yang biasa sahaja. Bahkan sakit bersalin hanya ditanggung oleh golongan wanita yang bersalin sahaja.

Sumber: Muhammad Izzat

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.