Siakap Keli

(Video) Walau Tak Mengungguli Carta, Netizen ‘Salute’ Hafizh Tolong Tunda Jentera Juara Dunia MotoGP

Sekiranya anda seorang peminat sukan permotoran terutamanya Moto GP, sudah pastinya anda mengenali ‘rider’ hebat, Marc Marquez yang muncul juara bagi Kejohanan MotoGP yang dilangsungkan di Jepun sebentar tadi.

Marquez telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 0:42:41.492 dan mengangkatnya sebagai juara bagi Kejohanan MotoGP Japan. Namun, apa yang menarik perhatian ialah sikap yang dipamerkan oleh pesaingnya yang menuntun motosikal berkuasa tinggi Marquez setelah jentera itu dikatakan sudah tidak hidup.

Pesaing yang dimaksudkan ialah Hafizh Syahrin yang merupakan pelumba kelahiran Malaysia yang sekarang ini bersama pasukan KTM bagi kejohanan MotoGP seluruh dunia. Hafizh Syahrin yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke-19 mendapat pujian rata-rata warganet yang berbangga dengan sikap yang ditonjolkan.

“Terima kasih @Hafiz_pescao55”

“Seorang lelaki berbakat. sebelum ini tak pernah tengok cara menunda seperti ini”

“Kelajuannya sangat lancar dengan hanya menggunakan satu tangan untuk menunda moto Marq. Sangat mengagumkan”

“Ini la cara sebenar towing motor ya kawan2”

Sumber: MotoGP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra