Siakap Keli

Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan, MetMalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

Jabatan Meteordologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan musim tengkujuh dijangka akan berlaku bermula pada 24 Oktober 2019 hingga Mac 2020. Lima hingga enam episod hujan lebat juga diramal akal berlaku dalam tempoh berkenaan.

Hujan lebat fasa awal Monsun Timur Laut dijangka akan berlaku sehingga awal Januari 2020 di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Manakala, pada awal Januari dan Febuari 2020 pula negeri Sabah dan Sarawak dijangka akan mengalami hujan lebat.

Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh beberapa hari boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan rendah dan kawasan yang kerap ditimpa banjir.

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh berlaku lebih buruk.

Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjaga-jaga bagi menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan nasihat dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorlogi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Siti Natrah Jusof