Siakap Keli
Kredit: Youtube Vocaal Ensemble Caloroso

(Video) Viral Mat Salleh Layan Dikir Barat, ‘Kecek Kelate’, Netizen Teruja & Luah Rasa Bangga

Pasti ramai yang berasa bangga dan teruja bila dapat tahu ‘mat salleh’ pun pandai berdikir barat. Bukan senang nak jumpa orang asing yang boleh bercakap bahasa Malaysia di luar negara, apatah lagi bertutur dalam dialek tertentu.

Dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini, sekumpulan ahli koir telah melakukan persembahan dikir barat dengan loghat ‘Kelate’ lengkap bersama koreografi tradisional seni berkenaan.

Dikir Barat merupakan persembahan berkumpulan daripada Kelantan yang diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Kedua-dua mereka mengetuai nyanyian sambil berbalas pantun diikuti ahli kumpulan dikenali sebagai awak-awak yang menyanyi beramai-ramai diiringi paluan rebana dan tetawak (gong).

Persembahan kebudayaan itu telah dilakukan oleh Ensemble Vocal Caloroso, koir belia perempuan berusia 12 hingga 25 tahun yang berasal dari Belgium.

Video berkenaan mendapat respon positif rakyat Malaysia yang bangga dan kagum terhadap kemahiran mereka.

Meremang

Bangga menjadi rakyat Kelantan

Terbaik, Dikir Barat dah sampai ke negara barat

Dah sedia nak tengok persembahan mereka? Jom!

Sumber: Vocaal Ensemble Caloroso

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.