Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Pelajar Tingkatan Dua Dikhuatiri Lemas

Kuala Nerus : Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dikhuatiri lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai Kampung Tuan Chik, Bukit Tunggal, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mangsa, Danial Danish Mohd Jasmin, 14, dilaporkan dibawa arus, kira-kira 2.45 petang tadi.

“Mangsa mungkin lemas pada jarak lima meter dari tebing sungai. Ketika kejadian mangsa mandi secara berkumpulan namun dirinya dibawa arus deras.

“Mangsa dikatakan cuba berenang ke darat namun gagal dan selepas melihat keadaan mangsa, rakannya bertindak meminta bantuan orang awam yang melalui kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air ( PPDA).

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.