Siakap Keli

“Damailah Wahai Sahabatku Alok..” Gitaris Utama Damasutra Meninggal Dunia

Sebentar tadi, Alok yang merupakan pemain gitar utama kumpulan Damasutra yang pernah meraih kegemilangan pada era 1990-an dahulu telah disahkan meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsikan oleh beberapa orang sahabatnya di laman media sosial.

Innalillahiwainailahirajiun.

Mendapat perkhabaran dan berita seorang sahabat pemuzik iaitu saudara Alok pemain gitar dari kumpulan Damasutra meninggal dunia akibat serangan jantung dan pergi meninggalkan kita dan keluarganya buat selamanya.

Yang tinggal hanyalah kenangan terindah pahit manis ketika bersama. Kita semua menyayanginya..akan tetapi Allah SWT  lebih menyayanginya..

Damai dan tenanglah wahai sahabat ku Alok. Semoga roh sahabat ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin, beramal soleh serta para para syuhada..

Takziah dari saya dan keluarga kepada keluarga beliau serta sahabat sahabat Damasutra…
Al fatihah…. Amiin.

 

Sumber: MP Spring & Facebook

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)