Siakap Keli

Lembu Terpelanting Tinggi, Netizen Seru Cari Pemilik

Satu kejadian yang mengejutkan telah tular di Facebook sejak beberapa hari yang lalu yang menunjukkan seekor lembu telah dilanggar oleh sebuah kereta.

Video yang berdurasi selama 56 minit itu dimuat naik oleh page Info Roadblock JPJ/POLIS dan mendapat sebanyak 2.4 ribu likes serta 540 shares

Lembu tersebut dilihat melintasi jalan dan dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut dengan agak laju.

Rata-rata netizen menyeru supaya pemilik kepada lembu malang tersebut dicari dan dikenakan tindakan kerana membiarkan haiwan itu berkeliaran di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Ada juga sesetengah netizen yang menyalahkan pemandu kenderaan terbabit yang tidak memperlahankan kenderaannya ketika lembu melintas.

Video itu dipercayai dirakam melalui dashcam sebuah kenderaan namun tempat kejadian tidak dinyatakan. Keadaan lembu dan pemandu kenderaan juga tidak diketahui

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra