Siakap Keli
Kredit: LAD Bible/Chesapeake Bay Program

Bukan Buta, Rupanya Ini Sebab Genius Lanun Tutup Sebelah Mata

Sebut sahaja perkataan ‘lanun’, kita akan terbayang lelaki ‘bermata satu’ dengan tangan bercangkuk menaiki kapal yang mempunyai bendera tengkorak bertemankan burung kakak tua.

Melihatkan kepada kehidupan di laut yang sememangnya sukar dan berisiko mendatangkan kecederaan sama ada dari persekitaran atau pihak lawan, kita mungkin berfikir bahawa mereka menutup mata kerana ingin menyorok satu mata yang buta akibat kecederaan.

Hakikatnya, penutup mata itu bukan kerana mereka buta atau tercedera, sebaliknya dipercayai untuk memudahkan mereka apabila berada dalam situasi gelap.

Perasan tak, apabila anda tutup lampu, keadaan nampak gelap gelita namun setelah beberapa ketika, kita mula dapat melihat samar-samar di dalam gelap?

Menurut kajian, purata masa yang diambil untuk mata manusia dapat mengadaptasi untuk berfungsi di dalam gelap adalah sekurangnya 10 minit. Disebabkan itulah, lanun dipercayai menutup sebelah mata mereka untuk membiasakan fungsi salah satu mata dalam situasi gelap.

Hal ini disebabkan mereka mungkin perlu beraksi dalam kekurangan cahaya ketika bertempur dengan musuh seperti di bawah dek kapal yang gelap.

Apabila masuk ke tempat gelap, lanun akan menggunakan mata yang telah terbiasa dengan suasana gelap dengan menukar penutup mata tersebut ke mata yang lain.

Sumber: Children’s Museum Indianapolis, Cooper Vision

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.