Siakap Keli
Foto: Unit Khas Van Jenazah/Mr Wan Cai

“Sahabat Hingga Ke Liang Lahad,” Lelaki Meninggal Dunia Ketika Selesai Kebumikan Jenazah Rakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih sayang seorang sahabat tiada penghujungnya. Mungkin ramai di antara kita yang mempunyai sahabat karib semasa di sekolah mahupun di tempat kerja.

Satu kisah yang menarik daripada perkongsian Facebook milik Mr Wan Cai mengenai seorang sahabat yang sama-sama menguruskan jenazah rakannya dijemput Illahi selang beberapa jam pengurusan pengebumian dilakukan.

Menurut Wan Cai, sepatutnya Allahyarham Amran hasan mengiringi perjalanan terakhir sahabat baiknya hingga selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selat, Klang semalam. Namun sudah ditentukan takdirknya apabila dia rebah dan meninggal dunia ketika memengang tali keranda rakannya tersebut.

Pengalaman paling berharga yang kami dapat hari ini ketika sedang menguruskan jenazah.

Sebelum terjatuh akibat serangan jantung, arwah menolong untuk mengangkat jenazah ke arah liang lahad. Ketika tali yang memikul keranda dimasukkan ke dalam liang lahad, saat itulah Arwah terus terjatuh ke tanah terkena serangan jantung selepas tali dilepaskan.

Gambar arwah sebelum dijemput Illahi

Seolah-olah tali sakaratul maut menyinggah kepada arwah pula. Sempat juga rakan rakan lain yang berada ditanah perkuburan cuba untuk membantu dengan memberi bantuan CPR kepada arwah. Bantuan mulut ke mulut, tekan didada berkali kali semua dilakukan demi untuk menyelamatkan arwah.

Foto: Mr Wan Cai

Ambulan sampai selepas 40 minit dihubungi dan ketika itu bacaan talqin untuk jenazah sahabatnya baru sahaja habis dibaca oleh ketua bilal jenazah kami.

Arwah dibawa ke hospital bahagian unit rawatan rapi untuk cuba diselamatkan. Tetapi tetap tidak dapat diselamatkan. Ajal itu hadir tidak cepat sesaat tidak lambat sesaat.

Moga urusan untuk menguruskan jenazah meran yang juga abang kepada rakan saya iaitu Maizan dipermudahkan.

 

Sumber: Mr Wan Cai Official

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)